Friday, February 11, 2011

i love my job!

ah, sudah 3 hari sejak saya mula bekerja.Penat! Fuhhh.. keluar pagi cari rezeki, hampir pukul 7 malam baru sampai ke rumah... Indah! Pagi-pagi mencelah celah di kesibukan kenderaan & jalan yang sesak.. KLCC yang dulunya suatu tempat yang asing tapi kini tidak lagi kerana setiap hari pasti saya akan melalui KLCC untuk ke tempat kerja..

Petang tadi sampai ke rumah agak lewat kerana hujan renyai turun menambah kedinginan.. Kejap lagi akan ke Brickfields di ibu kota untuk menjemput motor kesayangan yang baru tiba.. Penat! Esok hari Sabtu.. Hari yang ditunggu-tunggu oleh para pekerja tapi saya maseh bekerja separuh hari..

Ah, balik nanti selepas menjemput motor, kena siapkan weekly report pule.huuuu.. Dulu pernah terdengar seorang kawan berkata, kerja seorang engineer ni penat.. macam kuli.. Dan kini, memang saya akui, memang terasa sedikit seperti kuli..kehkeh.. tapi takpe, tujuan saya disini adalah untuk mencari rezeki yang halal.. bukan mencari downline yang di'promo dengan ayat dan kata-kata yang sama. ces.

Baru 3 hari bekerja, saya mula sedari.. yang saya.. suka kerja saya.. walaupun penat.. hihihi

nak mandi dulu lah, jap lagi nak keluar..ambik motor then makan malam..bye


p/s: semangat~ semangat~